GALERI SKS6 KOTA DAMANSARA

Friday, March 19, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang


Buat apa tu Am???

Peace.........no war!!!

Ambik la gambar saya.....haha...hensem tak???

Bacaan Ikrar


Bergambar ramai-ramai selepas tamat majlis


Watikah perlantikan rasmi disampaikan oleh Puan Guru Besar


Jaga disiplin


Cikgu Azran jurugambar kita


Ucapan Puan Guru Besar


Dengar jangan tak dengar


Cikgu Asmah dan Cikgu Yuhanis


Cikgu Shahidah guru PSS sesi petang

Senyummmm.. nak masuk blog ni cikgu Yuhanis...


Pengawas PSS petang

Senyum lebar-lebar ye...


Ewahhh...kontrol macho dan kontrol ayu eh?

Thursday, March 11, 2010

Guru-guru Terkini SKS6KD

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Cegah H1N1 oleh Protex

Barisan peserta pertandingan pakaian muslimin
Peserta yang terlibat
Adik-adik cun Tahun 3
Senyum malu-malu pulak....
Berdebar-debar nak naik ke pentas..
Ramai-ramai bersalawat
Ustaz Wan Hussein memimpin bacaan salawat

Handy Octopus
Kami berikrar akan menjaga kebersihan tangan kami!
Demo cara cuci tangan yang betul.
Langkah pertama.....buka paip air.....
Jom cuci tangan bersih-bersih!

Wednesday, June 10, 2009

SENARAI GURU BESAR

1. Tn. Hj. Mohamad b. Hj. Ibrahim
(JULAI 2000 hingga FEBRUARI 2001)

2. Pn. Hjh. Fadzlon bt. Sheikh Amir
(FEBRUARI 2001 hingga NOVEMBER 2004)

3. Pn. Hjh. Jamaliah bt. Kasim
(NOVEMBER 2004 hingga MAC 2008)

4. Pn. Hjh. Faridah bt. Ramli
(MAC 2008 hingga JULAI 2008)

5. Pn. Dasimah bt. Ahmad
(JULAI 2008 hingga sekarang)

Thursday, June 4, 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS

Khamis - 4 JUN 2009. Satu bengkel teknik menjawab soalan SAINS telah dijalankan di Dewan Terbuka SKS6KD khusus buat para pelajar Tahun 6. Bengkel ini telah disampaikan oleh Guru Besar SKS6KD yang sememangnya merupakan JU SAINS Daerah Petaling. Bermula jam 8 pagi sehingga 11.30 pagi, para pelajar telah didedahkan dengan teknik dan tip-tip berguna bagaimana hendak menjawab soalan SAINS dengan betul. Mudah-mudahan para pelajar Tahun 6 dapat memanfaatkan bengkel ini dengan berkesan.

Semasa bengkel teknik menjawab soalan SAINS.

Murid-murid sedang mencuba menjawab soalan SAINS

Wahhh...happy je murid-murid ni. Boleh jawab ke soalan tu?

Pn. Dasimah (GB) sedang menunjuk ajar secara individu kepada murid yang kurang faham menjawab soalan.

Tuesday, June 2, 2009

SELAMAT BERTUKAR


Setiap pertemuan ada perpisahan. Begitulah adat dunia. Bermula 1 Jun 2009 seorang dari guru SKS6KD akan bertukar ke Kedah. Beliau ialah Pn. Zuraida Awang seorang guru Matematik Tahun 2. Mudah-mudahan Pn. Zuraida tidak melupakan kawan-kawan di sini. Kami warga SKS6KD sentiasa mendoakan beliau dimurahkan rezeki dan diberkati dunia akhirat. Segala jasa dan khidmat bakti beliau di sekolah ini akan tetap terpahat di hati semua warga SKS6. Selamat bertugas di tempat baru.

Sunday, May 31, 2009

LADAP 3

Salah satu aktiviti kena pegang dan bawa belut dari stesen ke stesen. Ada yang geli geleman bila kena pegang belut apalagi pada yang pertama kali melakukannya. Tengok Cikgu Suhana, selamba jek bawak belut tu..

Ni Cikgu Timah sampai tercicir belut yang dipegang. Licin sangat ke tu Timah oiii...

Yang ni pulak aktiviti berkumpulan tengah bina rumah dari 4 keratan yang diberi. Sampai menonggeng-nonggeng nak siapkan rumah ye?


Yeiiiiiii......kami dah siap!! Moh kita gelakkan depa yang belum siap...

Pagi-pagi sebelum mulakan aktiviti kena senamrobik dulu!

Bukan yang tu! Salah tu! Tengok cikgu Jono sedang bagi arahan camana nak buat rumah kumpulannya.
Cikgu Berny posing dengan belut. Lebarnya sengih! hehe..

Aktiviti terakhir inventori warna. Kyusuknya semua cikgu-cikgu ni jawab 100 soalan.

GAMBAR KENANGAN


Gambar guru SKS6KD 2007 bersama mantan GB ke 3 Pn. Hjh Jamaliah Kassim

Kenangan 2002 bersama mantan GB Pn. Hjh Fadzlon Sheikh Amir

Staf sokongan 2007 bersama mantan GB Pn. Hjh Jamaliah Kassim

Thursday, May 21, 2009

SEJARAH SEKOLAH

  • SK Seksyen 6 Kota Damansara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2000 dan diterajui oleh Tn. Hj. Mohamad b. Hj. Ibrahim sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 2 orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Sekolah ini bermula dengan enrolmen murid seramai 315 orang sahaja. Terdiri daripada murid tahun 1 hingga 5. Hanya 7 kelas sahaja dibuka.
  • Tahun berikutnya (2001) berlaku pertambahan murid yang mendadak iaitu meningkat dari 315 orang ke 620 orang iaitu dari tahun 1 hingga 6. Ianya juga merupakan tahun pertama bagi sekolah ini mempunyai calon muridyang akan menduduki peperiksaan UPSR.
  • Pada tahun 2002 dengan usaha dan kerjasama dari PIBG sekolah, sebuah makmal komputer berjaya diwujudkan dengan bilangan sebanyak 20 buah komputer. Pihak PIBG sekolah juga membina tempat letak kereta guru berbumbung, sebuah mini astaka dan sebuah kolam ikan sumbangan dari pengusaha Kedai Buku sekolah.
  • Dalam tahun 2003, satu lagi makmal komputer di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwujudkan dengan bilangan komputer sebanyak 20 buah.
  • Pada tahun 2006, sebuah tempat menunggu bas telah berjaya dibina dari hasil usaha PIBG sekolah. Di samping itu, tempat duduk di padang juga ditambah pembinaannya demi ntuk keselesaan murid sekolah ini dala menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

PENGERTIAN LENCANA

MAROON
Melambangkan warna sekolah dan lambang kemegahan harga diri terhadap sekolah.

KUNING
Mendokong institusi beraja.

PUTIH
Kebersihan dan kesucian.

BIRU
Kesepaduan.

OBOR
Semangat untuk maju ke hadapan.

BUKU
Sumber ilmu yang paling utama.

TOPI DAN SIJIL
Kecemerlangan dalam akademik.

SELEMPANG
Cemerlang dalam akhlak, ketrampilan dan jati diri.

ATOM
Perkembangan teknologi dan sains.

GELUNG ROTAN
Semangat kesukanandan cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA