GALERI SKS6 KOTA DAMANSARA

Sunday, November 20, 2011

Sebahagian Anak-anak Cemerlang UPSR 2011


Hari yang bahagia buat sebahagian murid SKS6KD semasa keputusan UPSR 2011 diumumkan pada 17 Oktober 2011 yang lalu. Bergambar kenangan bersama Cikgu Mohd Nor yang tersayang.

KEPUTUSAN UPSR 2011

5A - 24 orang
4A 1B - 22 orang
Lulus - 66 %
TAHNIAH kepada semua warga SKS6KD.

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKS6KD 2011

Alhamdulilah SKS6KD telah berjaya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang bagi sesi 2011 yang telah diadakan pada 19 Oktober 2011 yang lalu. Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Mokhtar b. Haji Ahmad Dahlan, Pengerusi Jaksa Pendamai Negeri Selangor, Daerah Petaling. Turut hadir ialah En. Azman b. Mohamad, YDP PIBG SKS6KD. Pada majlis ini, Dato' Haji Mohd Mokhtar telah sudi menyumbangkan wang sejumlah RM 1000 kepada pihak sekolah. Terima kasih daun keladi.












Saturday, November 5, 2011

Pembelajaran Matematik, Sains sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia di sekolah rendah pada 2016

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita seterusnya sila klik di sini:

Wednesday, November 2, 2011

Tiada cadangan wajib lulus Pendidikan Islam bagi UPSR

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kementerian tidak pernah menetapkan kelulusan mana-mana mata pelajaran UPSR sebagai syarat kelayakan untuk ke sekolah menengah, kerana ujian itu hanyalah untuk menilai dan mengukur tiga kemahiran pelajar iaitu membaca, menulis dan mengira.

"Namun demikian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam melalui kokurikulum sekolah,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

(Dipetik dari Utusan Malaysia hari ini).

Tuesday, November 1, 2011

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 dan PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL

Takwim sekolah untuk 2012 telahpun dikeluarkan oleh KPM. Sila klik tajuk di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Klik di sini untuk Cadangan Perincian Persekolahan Mengikut Penggal: