GALERI SKS6 KOTA DAMANSARA

Thursday, May 21, 2009

SEJARAH SEKOLAH

  • SK Seksyen 6 Kota Damansara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2000 dan diterajui oleh Tn. Hj. Mohamad b. Hj. Ibrahim sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 2 orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Sekolah ini bermula dengan enrolmen murid seramai 315 orang sahaja. Terdiri daripada murid tahun 1 hingga 5. Hanya 7 kelas sahaja dibuka.
  • Tahun berikutnya (2001) berlaku pertambahan murid yang mendadak iaitu meningkat dari 315 orang ke 620 orang iaitu dari tahun 1 hingga 6. Ianya juga merupakan tahun pertama bagi sekolah ini mempunyai calon muridyang akan menduduki peperiksaan UPSR.
  • Pada tahun 2002 dengan usaha dan kerjasama dari PIBG sekolah, sebuah makmal komputer berjaya diwujudkan dengan bilangan sebanyak 20 buah komputer. Pihak PIBG sekolah juga membina tempat letak kereta guru berbumbung, sebuah mini astaka dan sebuah kolam ikan sumbangan dari pengusaha Kedai Buku sekolah.
  • Dalam tahun 2003, satu lagi makmal komputer di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwujudkan dengan bilangan komputer sebanyak 20 buah.
  • Pada tahun 2006, sebuah tempat menunggu bas telah berjaya dibina dari hasil usaha PIBG sekolah. Di samping itu, tempat duduk di padang juga ditambah pembinaannya demi ntuk keselesaan murid sekolah ini dala menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

No comments: