GALERI SKS6 KOTA DAMANSARA

Wednesday, June 10, 2009

SENARAI GURU BESAR

1. Tn. Hj. Mohamad b. Hj. Ibrahim
(JULAI 2000 hingga FEBRUARI 2001)

2. Pn. Hjh. Fadzlon bt. Sheikh Amir
(FEBRUARI 2001 hingga NOVEMBER 2004)

3. Pn. Hjh. Jamaliah bt. Kasim
(NOVEMBER 2004 hingga MAC 2008)

4. Pn. Hjh. Faridah bt. Ramli
(MAC 2008 hingga JULAI 2008)

5. Pn. Dasimah bt. Ahmad
(JULAI 2008 hingga sekarang)

Thursday, June 4, 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS

Khamis - 4 JUN 2009. Satu bengkel teknik menjawab soalan SAINS telah dijalankan di Dewan Terbuka SKS6KD khusus buat para pelajar Tahun 6. Bengkel ini telah disampaikan oleh Guru Besar SKS6KD yang sememangnya merupakan JU SAINS Daerah Petaling. Bermula jam 8 pagi sehingga 11.30 pagi, para pelajar telah didedahkan dengan teknik dan tip-tip berguna bagaimana hendak menjawab soalan SAINS dengan betul. Mudah-mudahan para pelajar Tahun 6 dapat memanfaatkan bengkel ini dengan berkesan.

Semasa bengkel teknik menjawab soalan SAINS.

Murid-murid sedang mencuba menjawab soalan SAINS

Wahhh...happy je murid-murid ni. Boleh jawab ke soalan tu?

Pn. Dasimah (GB) sedang menunjuk ajar secara individu kepada murid yang kurang faham menjawab soalan.

Tuesday, June 2, 2009

SELAMAT BERTUKAR


Setiap pertemuan ada perpisahan. Begitulah adat dunia. Bermula 1 Jun 2009 seorang dari guru SKS6KD akan bertukar ke Kedah. Beliau ialah Pn. Zuraida Awang seorang guru Matematik Tahun 2. Mudah-mudahan Pn. Zuraida tidak melupakan kawan-kawan di sini. Kami warga SKS6KD sentiasa mendoakan beliau dimurahkan rezeki dan diberkati dunia akhirat. Segala jasa dan khidmat bakti beliau di sekolah ini akan tetap terpahat di hati semua warga SKS6. Selamat bertugas di tempat baru.